Wednesday, November 10, 2010

AYAM MASAK SATE


ekceli da lama betul x jenguk dapor ni...bukan x masak cuma x sempat nak n3.ni pon resepi da lama snap cuma x n3 je...kira kalo x makan ayam ni kira da basi la skrg.nak menunjukkan betapa lamanya aku x update blog...hahahahah.ni resepi nama saintifiknye ayam masak sate.masak menu ni sebab teringat kawan kat senai dulu masak daging masak sate.sbb xde daging aku masak la ayam.x sempat nak mntk resepi da pindah skola.so aku agak2 la.sedap gak la aku masak ni...jadik la kot.sapa2 nak resepi cakap ye...hari ni malas nak taip resepinya....banyak keja skola nak disiapkan...selamat menjamu mata

Saturday, October 23, 2010

SAYUR CAMPUR

Inilah ghupenye sayur campur yang dicampur2 je bahan2nya...hehehehe.ni menu makan dengan ayam masak merah...sedap husband kat.hingga menjilat lutot jiran...hahahaaa harun salim salim bachik...ape kena mengena en.hsbc plak????ha selamat menjamu mata ye

AYAM MASAK MERAH

 Ayam masak merah borobudur aje...masak ayam ni coz dalam peti da ada bahan blendnye...senang.lagipon da lama x buat ayam masak merah ni...nun kat blakang tu sayur campor...tu pon masakan paling senang dlam dunia..hehehehe.
Bahan-bahan

  • Ayam - potong dan bersihkan
  • Cili kering - dikisar
  • *Bawang merah (saya guna bawang besar)
  • *Bawang putih
  • *Serai
  • Sos cili
  • Garam
  • Gula
  • Daun sup
  • Bawang besar dimayang kasar
##Iikut sukatan sendiri ye...resepi ini untuk 4 ketul ayam.

Cara- cara
  • Ayam digoreng (kalo zura goreng jangan gareng sangat...)Ketepikan.
  • Blend semua bahan yang bertanda*..(campurkan aje)
  • Tumis bahan yang di blend tadi hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar.Pastikan cili betul2 masak...
  • Masukkan sos cili ...kalau kering masukkan sedikit air.
  • Masukkan garam secukup rasa dan gula.
  • Kemudian bolehlah masukkan ayam, bawang besar dan gaul hingga rata.
  • Bila sudah masak bolehlah diangkat dan taburkan sedikit daun sup.Selamat mencuba

Friday, October 22, 2010

SAMBAL IKAN BILIS


Ni sebenarnya lauk kemarin...x n3 coz anak x berapa sihat.ingat nak n3 semalam tapi semalam pegi jumpa pakar.Lana kena infection telinga...sian anak mama...huhuhu.Sambal ikan bilis ni aku buat coz xtau nak masak ape da..hahahah.kesian en.hasben.sory ye b,nnt mama masak sedap2

Wednesday, October 20, 2010

TAMAN TASIK PERDANA






 sabtu minggu lepas ajak hubby jalan2 taman tasik perdana...boleh gak membakar lemak yang da lama bertimbun ni.hehehehe....pagi2 lagi da bertolak pegi.ramai rupanya yang dok berjoging...best jugak kat sini rupanya.nnt boleh datang lagi...

Monday, October 18, 2010

SAMBAL TELUR DAN PETAI


Ni kes xde udang nak buat sambal petai...tgk ada lebih telur rebus kenduri terus my sis masak sambal telur campur petai.petai ni pon da lama beli kat tepi jlan kuala pilah time nak blk adik kawen. da byk yang tak elok kena mkn ulat...kupas2 dpt la byk ni...tapi sedap giler la...maklum la i ni gila petai..heheheheh

Inilah en.petai yang dibeli di kuala pilah

AYAM MASAK KICAP YUNI

 Ini ialah masakan kakak saya...nor ayuni...ni masak sehari lepas kenduri kawen adik ari tuh...tak tau nak mkn ape..tgk ada ayam dlm peti terus balun masak kicap.sedap hingga menjilat jari...hari ni punya menu semua dia masak...maklum la kita ada anak kecik boleh la rehat n buat2 bz ngan anak..hehehehe.jgn marah ye k.yuni

Thursday, October 14, 2010

MASAK LEMAK LABU


First time buat masak lemak labu ni..labu ni beli masa on da way balik dari kampung ari tuh...memandang xde sayur lain so masak la menu ni.hehehe....

Bahan-bahan
  • Labu-potong dadu saiz besar
  • Bawang merah-dimayang halus
  • Bawang putih - dimayang halus
  • Santan pekat
  • Garam-secukup rasa
Cara-cara
  • Rebus labu,bawang merah dan bawang putih dengan sedikit air supaya empuk(tapi jgn sampai lembik sgt.agak2 la)
  • Da empuk masukkan santan.(pastikan api sederhana.)
  • Masukkan garam secukup rasa.Rebus sebentar sahaja supaya santan tak pecah minyak.
  • Angkat dan boleh la dihidang

IKAN SUMBAT KELAPA



Hai semua...lauk semalam ni.tengah rajin nak menyumbat...kelapa parut pon da tersedia terus la menyumbat ikan ni.Masak sekor jugak...coz mmg da tinggal sekor je pon ikan cencaru ni.Ari tu sumbat sambal hari ni sumbat ngan kelapa lagi sedap...


Bahan-bahan
  • Seekor ikan cencaru-di belah belakang
  • Kelapa parut-agak la banyak mana boleh muat blkag ikan tu..heheheh
  • cili kering -zura ambil yang da di blend
  • 1 batang serai
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula-manis lagi sedap
Cara-cara
  • Ikan di gaul dengan garam dan kunyit kemudian ketepikan.
  • Tumbuk serai hingga lumat,masukkan kelapa,cili blend,garam sket dan gula.Tumbuk sket dan gaulkan hingga sebati bahan2 tadi.
  • Sumbatkan kelapa ke belakang ikan dan gorng dengan api yang sederhana.
  • Angkat dan sedia untuk dihidang


JAGUNG ICE BLENDED


Air ni buat tengah hari semalam memandangkan jagung cream ni dok terperuk sesorg dalam peti tu...ni sebenarnya air feveret husband...SEDAP WO!!!
Bahan-bahan

  • Ais kiub
  • Jagung cream-`beli yang tin
  • susu pekat
  • susu segar 
  • gula (zura tambah sikit)
Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam blender dan blend.Tak perlu campur air ye....bahan2 ikut la sukatan sendiri.jagung cream tinggalkan sket untuk hiasan nnt.
  • Tuang dalam gelas cantek dan letakkan sedikit jagung cream lebih tadi di atasnya.sedia di sedut

Tuesday, October 12, 2010

NASI GORENG KERABU

 Salam semua...maaf la da lama x n3.ni sebenarnya menu minggu lps x sempat nak n3.balik kg adik kawen...masak nasi kerabu sebab nak abiskan stok dlm peti coz nak blk kg la katakan...senang je nak buat nasi ni.campur je apa yang ada dlam peti tu.tapi yg penting mesti ada serai barulah kerabu namanya...

Bahan-bahan

  • Nasi putih
  • Serai - dimayang halus
  • Lobak-potong memanjang & halus2
  • Sayur campur
  • Cili padi-ikut la nak pedas mcm mana
  • Bawang merah-dimayang halus
  • Bawang putih-ketuk
  • Garam
  • Daun sup
Cara-cara
  • Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan semua jenis sayur tadi.Tumis sebentar.Masukkan garam secukup rasa
  • Masukkan nasi putih tadi dan gaul rata.
  • Angkat dan hidangkan bersama bawang goreng dan daun sup
Buat bekal untuk husband bawak pegi kerja

Wednesday, October 6, 2010

RIBENA LAICI

 Ececeh...rajin plak aku ari ni.Sebenornya dari sekolah tadi teringin nak minum ribena laici nih...balik sekola tadi buat la pastu ambik gambar cantik2...gelas ni hadiah kawan bagi time kawen dulu.kira cantek la kan boh air ribena laici tuh...letak bunga sket pastu snap...ha nampak lazat kan walaupon air biasa je...apa lagi sedut la cikgu...slurrrrpppp
laici kurang jelas tapi ttp nampak kan...kan..kan

PAJERI TERUNG


Salam semua....hari ni jenguk peti ais nampak terung.sian plak tgk terung tu lonely je dlm peti.memandangkan lusa nak balik kampung baik kosongkan peti...masak je ape yang ada dalam peti tu.so..pikir punya pikir dpt idea nak buat resepi ni.ha tgk la hasilnya yang agak bersememeh tuh...
 Bahan-bahan

  • 1 batang terung panjang - dipotong kpd tiga bahagian memanjang
  • 2 peket kecik serbuk kari daging (zura guna cap adabi)-bancuh dengan air
  • *1 ulas bawang merah - dimayang halus
  • *2 ulas bawang putih - dimayang halus
  • *1/2 inci halia
  • *1 peket kecil udang kering
  • *Kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih
  • Kerisik (zura letak dalam 5sb)- supaya pekat
  • Santan (sukat ikut suka nak cair atau pekat)
  • Gula merah -optional (tapi zura suka gula putih je)
  • Gula putih
  • Garam
Cara-cara
  • Tumis bahan yang bertanda* hingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kari yang bancuh dgn air tadi dan masukkan kerisik sekali.Tumis hingga rempah masak atau pecah minyak..
  • Masukkan terung dan kacaukan ia supaya rempah meresap pada terung tersebut.
  • Terus masukkan santan..(takut terung lembik sgt)
  • Masukkan garam dan kemudian gula secukup rasa (bila pajeri da rasa garam baru masukkan gula).pajeri lebih sedap jika manis sedikit.
  • Agak2 mendidih terus tutup api...boleh la dihidangkan.Selamat mencuba

Monday, October 4, 2010

SPAGHETTI CARBONARA


Ni menu mkn tengah hari ni...suami nak makan spaghetti carbonara plak.teringin katanya...so ari ni baru berkesempatan nak buat.tapi kita beli yang instant je ..prego campbell..heheheh.sonang.ikut je arahan kat tin...tambah cendawan butang n daging kisar cap p.cik Ramly...da jadik...ha sila la tengok spaghetti instant ni...
ni menu untuk husband yang ku sayangi MILO SHAKE+SPAGHETTI CARBONARA..jemput makan bang..jgn malu2 nnt ayang yang makan

MILO SHAKE


hehehe..salam semua.dok pikir2 nak minum air ape tgh hari ni b4 pegi skool.nmpk plak milo dlm balang tuh...terus dpt idea nak wat milo shake.heheheh..xde coklat milo pon jadik...whipping cream ni beli masa wat triffle cake potluck kat skola ari tu...maka jadi la MILO SHAKE cikgu azura yang x berapa nak lawo ni.silakan tengok ye...cikgu nak minum dulu....


sory waktu post salah.xtau nak betulkan katne.maklum la saya budak baru blajar...sapa tau nak betulkan waktu post tu katne angkat tangan!!!!

JALAN-JALAN PUTRAJAYA


ME AND MY LITTLE PRINCESS

Petang semalam hubby ajak jalan-jalan putrajaya...saja2 nak menerai camera dia la..tapi best jugak.ramai betul orang kat putrajaya...banyak jgk rombongan...tapi this is my best picture i think..x xpose sgt.tapi lana la yg penat...kejap papa soh buat camni,pastu pegi xpose kat sana,kat sini,buat camtu,buat camni...penattttt.

Friday, October 1, 2010

NASI AYAM BUTTER


Heheheheh...ni n3 untuk makan tengah hari tadi.belek2 blog k.hana teringin plak nak masak nasi ayam...so ikut la resepi k.hana...tq kak.tapi ayamnya x sama la mcm akak punya.k.hana punya ayam madu nampak bermadu je...kita punya nampak kering sket kan.tapi yang penting rasanya sedap...sambal cili tu zura letak cili padi 2 biji.agak pedas.lain kali kena letak sebijik je...ok la selamat menjamu mata.kalo nak rasa try la buat sendirik.heheheh....resepinya agak panjang tapi senang.Resepi asal dari k.hana.


Bahan-bahan
UTK NASI

  • 3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
  • 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 sudu besar butter
  • garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP 
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
>> Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

UTK SOS MERAH
  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
>>blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.

UTK SOS HITAM@KICAP
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam
>> Campurkan semua. ketepikan.

UTK AYAM GORENG MADU - bleh juga tgk di sini.
  • Ayam rebusan tadi
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
>> Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun. Tapi ayam zura agak hitam.hehehehhe

MI GORENG BASAH



Ni menu makan malam tadi...tak tau nak masak ape,balik sekolah penat sgt so tgk dalam peti ada mi kuning so apa lagi...ketuk2 kuali la.husband plak semalam last posa enam, dia pon teringin nak makan mi goreng basah..buat je la.nasib baik dia kata sedap...mi ni aku main campak je bahan2nya.yang penting rasa mi goreng and basah.hehehehe...jemput la tengok ye

Thursday, September 30, 2010

IKAN CENCARU SUMBAT

                           


Salam semua...ni lauk masak semalam ni.Tak berkesempatan nak upload so ari ni baru la ada masa nak upload. Macam ari tu jugak gambar blurr sket coz guna camera hanpon.hehehe...Zura masak sekor je ni coz ikan tu da besar and lagipun zura ngan suami zura je makan. Cukup la tu...lana makan bubur nasi dia je. Husband suka kalau masak ikan cencaru macam ni...sekor ni kalau ikutkan untuk dia sorang je. Ikan ni bila kita goreng bau dia...mak oiiii.org sebelah pun x boleh tidor...hahahah. Kali ni letak resepi. Resepi ni mak yang ajar tapi tak tau la kalau ada tersama ngan resepi sapa2.Kalo ada mohon maaf yek...kita ikut yang mak ajar je...huhuhu


Bahan-bahan

  • Seekor ikan cencaru besar - dibelah belakang (ikut nak masak berapa ekor)
  • *6 tangkai lada kering - direndam 
  • *3 ulas bawang merah (bawang besar pun boleh)
  • Sedikit air asam jawa pekat 
  • Kunyit
  • Garam 
  • Gula

Cara-cara

  1. Ikan cencaru dibasuh bersih. Gaul ikan dengan kunyit dan garam. Ketepikan.
  2. Tumbuk bahan yang bertandahingga lumat.
  3. Masukkan air asam jawa pekat tadi, garam dan gula. Lebih manis lebih sedap. Gaulkan hingga bahan2 tadi sebati.
  4. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam ikan cencaru yang dibelah belakang tadi.
  5. Goreng dengan api yang sedikit sederhana supaya ikan masak sepenuhnya. 

Wednesday, September 29, 2010

NASI BERIANI

Hari nih ambik cuti coz perut x berapa best la...tapi masak tetap kena teruskan.Lana pun tak berapa sihat...dlm x berapa nak sihat tuh terjadik gak resepi di bwh ini...sila la tengok hasilnya....



NASI BERIANI

sory gambar kureng terang...(jgn gosok2 mata anda,mmg gmbr ni blurrrrr).selalu lensa mahal,hari ni camera hubby bwk pegi open house TV3 so snap guna camera hanpon jek..tapi tu semua x penting.yang penting nak tunjuk aku masak nasi beriani nih(tapi x pasti mcm nasi minyak pon ada,tapi rasa beriani...hahahah)...dok gode2 blog k.zai (teratak impian) tadi nampak la resepi beriani k.zai.ayam pun da kuarkan tadi so masak je la....masak sket je coz hubby kan da melantak kat open haus TV3...tapi resepi ni aku main baling2 jek dalam periuk tuh...x ikut sgt resepi k.zai coz ada bhn yg xde.yg pasti beriani k.zai maveles....ayam tuh bukan ayam beriani coz aku curik resepi yg mak aku selalu buat...tapi sedap gak mkn ngan nasi nih.acar timun x nampak sgt kan...acar tuh pun buat bodo2 je.timun,carrot,bwg,cili besar pastu tambah gula n sos cili.da siap...apa lagi melantak la sesorang...jemput2 mkn..ha jgn malu2...sila la tambah

Tuesday, September 28, 2010

SPAGHETTI FOR DINNER



SPAGHETTI BOLOGNESES

Masak lagi...tengah rajin ni xpe la.Malam tadi masak spaghetti je...senang,cepat masak...cuma ari tu kat kedai punya la nak cepat terambik spaghetti jenis ni...leper punya.tapi ni pun bolehhh.sama je...husband ada setup mlm tadi...so aku makan la dengan LANA..lana pun makan sekali,sedap katanyerrr...hehehehe

bekfes pancake (lempeng versi omputih)


makan ngan honey


Ni makan ngan coklat (milo yang dicairkan,coklat gak kan...)

Tengok kat blog kak hana (hana's memories),mcm sedap jek pancake kak hana buat.pegi grocer semalam cari la tepong nak wat pancake nih last2 jumpa tepung pancake Nona...sonang..ikut jek arahan kat belakang kotak tepung tuh.dah jadik...yang penting makannnnnn.nasib baik husband aku jenis yg tak memilih..

Hari ahad yang lalu...





SAMBAL TEMPE

Ni sambal tempe..maklum la kawen ngan orang jawer...my husband soh buat..feberet dia nih...resepi nih cilok resepi mak mertua.hehehe...


AYAM MASAK TEMPOYAK

 Pegi market TTDI cari ikan patin tapi tak ada...so ganti la ayam..yang pastinya tetap sedap.Resepi ni blaja ngan member dari Pahang.tapi kalo dapat ikan patin lagi menjilat jari....nyumm

 


SAMBAL PETAI

Sambal petai nih blajar ngan mak..selalu orang masak sebijik2 tapi aku suka potong nipis2 skali ngan kulit petai tuh...x la membazir kan.Mula nak wat ulam je tapi husband x mkn mcm tuh...so dia suruh aku masak nih...ha kau,bertambah la nsaik jawabnyerrrr(x campur udang coz husband ada elerjik)