Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Tuesday, October 12, 2010

NASI GORENG KERABU

 Salam semua...maaf la da lama x n3.ni sebenarnya menu minggu lps x sempat nak n3.balik kg adik kawen...masak nasi kerabu sebab nak abiskan stok dlm peti coz nak blk kg la katakan...senang je nak buat nasi ni.campur je apa yang ada dlam peti tu.tapi yg penting mesti ada serai barulah kerabu namanya...

Bahan-bahan

  • Nasi putih
  • Serai - dimayang halus
  • Lobak-potong memanjang & halus2
  • Sayur campur
  • Cili padi-ikut la nak pedas mcm mana
  • Bawang merah-dimayang halus
  • Bawang putih-ketuk
  • Garam
  • Daun sup
Cara-cara
  • Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan semua jenis sayur tadi.Tumis sebentar.Masukkan garam secukup rasa
  • Masukkan nasi putih tadi dan gaul rata.
  • Angkat dan hidangkan bersama bawang goreng dan daun sup
Buat bekal untuk husband bawak pegi kerja

Friday, October 1, 2010

NASI AYAM BUTTER


Heheheheh...ni n3 untuk makan tengah hari tadi.belek2 blog k.hana teringin plak nak masak nasi ayam...so ikut la resepi k.hana...tq kak.tapi ayamnya x sama la mcm akak punya.k.hana punya ayam madu nampak bermadu je...kita punya nampak kering sket kan.tapi yang penting rasanya sedap...sambal cili tu zura letak cili padi 2 biji.agak pedas.lain kali kena letak sebijik je...ok la selamat menjamu mata.kalo nak rasa try la buat sendirik.heheheh....resepinya agak panjang tapi senang.Resepi asal dari k.hana.


Bahan-bahan
UTK NASI

  • 3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
  • 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 sudu besar butter
  • garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP 
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
>> Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

UTK SOS MERAH
  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
>>blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.

UTK SOS HITAM@KICAP
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam
>> Campurkan semua. ketepikan.

UTK AYAM GORENG MADU - bleh juga tgk di sini.
  • Ayam rebusan tadi
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
>> Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun. Tapi ayam zura agak hitam.hehehehhe

Wednesday, September 29, 2010

NASI BERIANI

Hari nih ambik cuti coz perut x berapa best la...tapi masak tetap kena teruskan.Lana pun tak berapa sihat...dlm x berapa nak sihat tuh terjadik gak resepi di bwh ini...sila la tengok hasilnya....



NASI BERIANI

sory gambar kureng terang...(jgn gosok2 mata anda,mmg gmbr ni blurrrrr).selalu lensa mahal,hari ni camera hubby bwk pegi open house TV3 so snap guna camera hanpon jek..tapi tu semua x penting.yang penting nak tunjuk aku masak nasi beriani nih(tapi x pasti mcm nasi minyak pon ada,tapi rasa beriani...hahahah)...dok gode2 blog k.zai (teratak impian) tadi nampak la resepi beriani k.zai.ayam pun da kuarkan tadi so masak je la....masak sket je coz hubby kan da melantak kat open haus TV3...tapi resepi ni aku main baling2 jek dalam periuk tuh...x ikut sgt resepi k.zai coz ada bhn yg xde.yg pasti beriani k.zai maveles....ayam tuh bukan ayam beriani coz aku curik resepi yg mak aku selalu buat...tapi sedap gak mkn ngan nasi nih.acar timun x nampak sgt kan...acar tuh pun buat bodo2 je.timun,carrot,bwg,cili besar pastu tambah gula n sos cili.da siap...apa lagi melantak la sesorang...jemput2 mkn..ha jgn malu2...sila la tambah