Friday, October 1, 2010

NASI AYAM BUTTER


Heheheheh...ni n3 untuk makan tengah hari tadi.belek2 blog k.hana teringin plak nak masak nasi ayam...so ikut la resepi k.hana...tq kak.tapi ayamnya x sama la mcm akak punya.k.hana punya ayam madu nampak bermadu je...kita punya nampak kering sket kan.tapi yang penting rasanya sedap...sambal cili tu zura letak cili padi 2 biji.agak pedas.lain kali kena letak sebijik je...ok la selamat menjamu mata.kalo nak rasa try la buat sendirik.heheheh....resepinya agak panjang tapi senang.Resepi asal dari k.hana.


Bahan-bahan
UTK NASI

  • 3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
  • 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 sudu besar butter
  • garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP 
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
>> Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

UTK SOS MERAH
  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
>>blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.

UTK SOS HITAM@KICAP
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam
>> Campurkan semua. ketepikan.

UTK AYAM GORENG MADU - bleh juga tgk di sini.
  • Ayam rebusan tadi
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
>> Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun. Tapi ayam zura agak hitam.hehehehhe

4 comments:

  1. nk tiru resipi ni ye are... :) da lame tringin msk nasi ayam tp xtau carenye... hehehe...

    ReplyDelete
  2. tiru la...kita pon jenguk dapor orang ni...sory x perasan komen masuk.da lama x jenguk dapur cikgu ni.heheheh

    ReplyDelete
  3. heheehe.. br nk copy n print. last week xjd msak lor... hehe...

    ReplyDelete
  4. nnt da masak jgn lupa jemput kita rasa...hehehehe.gurau je.selamat mencuba ye..

    ReplyDelete