Wednesday, October 6, 2010

RIBENA LAICI

 Ececeh...rajin plak aku ari ni.Sebenornya dari sekolah tadi teringin nak minum ribena laici nih...balik sekola tadi buat la pastu ambik gambar cantik2...gelas ni hadiah kawan bagi time kawen dulu.kira cantek la kan boh air ribena laici tuh...letak bunga sket pastu snap...ha nampak lazat kan walaupon air biasa je...apa lagi sedut la cikgu...slurrrrpppp
laici kurang jelas tapi ttp nampak kan...kan..kan

PAJERI TERUNG


Salam semua....hari ni jenguk peti ais nampak terung.sian plak tgk terung tu lonely je dlm peti.memandangkan lusa nak balik kampung baik kosongkan peti...masak je ape yang ada dalam peti tu.so..pikir punya pikir dpt idea nak buat resepi ni.ha tgk la hasilnya yang agak bersememeh tuh...
 Bahan-bahan

  • 1 batang terung panjang - dipotong kpd tiga bahagian memanjang
  • 2 peket kecik serbuk kari daging (zura guna cap adabi)-bancuh dengan air
  • *1 ulas bawang merah - dimayang halus
  • *2 ulas bawang putih - dimayang halus
  • *1/2 inci halia
  • *1 peket kecil udang kering
  • *Kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih
  • Kerisik (zura letak dalam 5sb)- supaya pekat
  • Santan (sukat ikut suka nak cair atau pekat)
  • Gula merah -optional (tapi zura suka gula putih je)
  • Gula putih
  • Garam
Cara-cara
  • Tumis bahan yang bertanda* hingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kari yang bancuh dgn air tadi dan masukkan kerisik sekali.Tumis hingga rempah masak atau pecah minyak..
  • Masukkan terung dan kacaukan ia supaya rempah meresap pada terung tersebut.
  • Terus masukkan santan..(takut terung lembik sgt)
  • Masukkan garam dan kemudian gula secukup rasa (bila pajeri da rasa garam baru masukkan gula).pajeri lebih sedap jika manis sedikit.
  • Agak2 mendidih terus tutup api...boleh la dihidangkan.Selamat mencuba

Monday, October 4, 2010

SPAGHETTI CARBONARA


Ni menu mkn tengah hari ni...suami nak makan spaghetti carbonara plak.teringin katanya...so ari ni baru berkesempatan nak buat.tapi kita beli yang instant je ..prego campbell..heheheh.sonang.ikut je arahan kat tin...tambah cendawan butang n daging kisar cap p.cik Ramly...da jadik...ha sila la tengok spaghetti instant ni...
ni menu untuk husband yang ku sayangi MILO SHAKE+SPAGHETTI CARBONARA..jemput makan bang..jgn malu2 nnt ayang yang makan

MILO SHAKE


hehehe..salam semua.dok pikir2 nak minum air ape tgh hari ni b4 pegi skool.nmpk plak milo dlm balang tuh...terus dpt idea nak wat milo shake.heheheh..xde coklat milo pon jadik...whipping cream ni beli masa wat triffle cake potluck kat skola ari tu...maka jadi la MILO SHAKE cikgu azura yang x berapa nak lawo ni.silakan tengok ye...cikgu nak minum dulu....


sory waktu post salah.xtau nak betulkan katne.maklum la saya budak baru blajar...sapa tau nak betulkan waktu post tu katne angkat tangan!!!!

JALAN-JALAN PUTRAJAYA


ME AND MY LITTLE PRINCESS

Petang semalam hubby ajak jalan-jalan putrajaya...saja2 nak menerai camera dia la..tapi best jugak.ramai betul orang kat putrajaya...banyak jgk rombongan...tapi this is my best picture i think..x xpose sgt.tapi lana la yg penat...kejap papa soh buat camni,pastu pegi xpose kat sana,kat sini,buat camtu,buat camni...penattttt.

Friday, October 1, 2010

NASI AYAM BUTTER


Heheheheh...ni n3 untuk makan tengah hari tadi.belek2 blog k.hana teringin plak nak masak nasi ayam...so ikut la resepi k.hana...tq kak.tapi ayamnya x sama la mcm akak punya.k.hana punya ayam madu nampak bermadu je...kita punya nampak kering sket kan.tapi yang penting rasanya sedap...sambal cili tu zura letak cili padi 2 biji.agak pedas.lain kali kena letak sebijik je...ok la selamat menjamu mata.kalo nak rasa try la buat sendirik.heheheh....resepinya agak panjang tapi senang.Resepi asal dari k.hana.


Bahan-bahan
UTK NASI

  • 3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
  • 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 sudu besar butter
  • garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP 
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
>> Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

UTK SOS MERAH
  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
>>blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.

UTK SOS HITAM@KICAP
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam
>> Campurkan semua. ketepikan.

UTK AYAM GORENG MADU - bleh juga tgk di sini.
  • Ayam rebusan tadi
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
>> Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun. Tapi ayam zura agak hitam.hehehehhe

MI GORENG BASAH



Ni menu makan malam tadi...tak tau nak masak ape,balik sekolah penat sgt so tgk dalam peti ada mi kuning so apa lagi...ketuk2 kuali la.husband plak semalam last posa enam, dia pon teringin nak makan mi goreng basah..buat je la.nasib baik dia kata sedap...mi ni aku main campak je bahan2nya.yang penting rasa mi goreng and basah.hehehehe...jemput la tengok ye