Wednesday, October 20, 2010

TAMAN TASIK PERDANA






 sabtu minggu lepas ajak hubby jalan2 taman tasik perdana...boleh gak membakar lemak yang da lama bertimbun ni.hehehehe....pagi2 lagi da bertolak pegi.ramai rupanya yang dok berjoging...best jugak kat sini rupanya.nnt boleh datang lagi...

Monday, October 18, 2010

SAMBAL TELUR DAN PETAI


Ni kes xde udang nak buat sambal petai...tgk ada lebih telur rebus kenduri terus my sis masak sambal telur campur petai.petai ni pon da lama beli kat tepi jlan kuala pilah time nak blk adik kawen. da byk yang tak elok kena mkn ulat...kupas2 dpt la byk ni...tapi sedap giler la...maklum la i ni gila petai..heheheheh

Inilah en.petai yang dibeli di kuala pilah

AYAM MASAK KICAP YUNI

 Ini ialah masakan kakak saya...nor ayuni...ni masak sehari lepas kenduri kawen adik ari tuh...tak tau nak mkn ape..tgk ada ayam dlm peti terus balun masak kicap.sedap hingga menjilat jari...hari ni punya menu semua dia masak...maklum la kita ada anak kecik boleh la rehat n buat2 bz ngan anak..hehehehe.jgn marah ye k.yuni

Thursday, October 14, 2010

MASAK LEMAK LABU


First time buat masak lemak labu ni..labu ni beli masa on da way balik dari kampung ari tuh...memandang xde sayur lain so masak la menu ni.hehehe....

Bahan-bahan
  • Labu-potong dadu saiz besar
  • Bawang merah-dimayang halus
  • Bawang putih - dimayang halus
  • Santan pekat
  • Garam-secukup rasa
Cara-cara
  • Rebus labu,bawang merah dan bawang putih dengan sedikit air supaya empuk(tapi jgn sampai lembik sgt.agak2 la)
  • Da empuk masukkan santan.(pastikan api sederhana.)
  • Masukkan garam secukup rasa.Rebus sebentar sahaja supaya santan tak pecah minyak.
  • Angkat dan boleh la dihidang

IKAN SUMBAT KELAPA



Hai semua...lauk semalam ni.tengah rajin nak menyumbat...kelapa parut pon da tersedia terus la menyumbat ikan ni.Masak sekor jugak...coz mmg da tinggal sekor je pon ikan cencaru ni.Ari tu sumbat sambal hari ni sumbat ngan kelapa lagi sedap...


Bahan-bahan
  • Seekor ikan cencaru-di belah belakang
  • Kelapa parut-agak la banyak mana boleh muat blkag ikan tu..heheheh
  • cili kering -zura ambil yang da di blend
  • 1 batang serai
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula-manis lagi sedap
Cara-cara
  • Ikan di gaul dengan garam dan kunyit kemudian ketepikan.
  • Tumbuk serai hingga lumat,masukkan kelapa,cili blend,garam sket dan gula.Tumbuk sket dan gaulkan hingga sebati bahan2 tadi.
  • Sumbatkan kelapa ke belakang ikan dan gorng dengan api yang sederhana.
  • Angkat dan sedia untuk dihidang


JAGUNG ICE BLENDED


Air ni buat tengah hari semalam memandangkan jagung cream ni dok terperuk sesorg dalam peti tu...ni sebenarnya air feveret husband...SEDAP WO!!!
Bahan-bahan

  • Ais kiub
  • Jagung cream-`beli yang tin
  • susu pekat
  • susu segar 
  • gula (zura tambah sikit)
Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam blender dan blend.Tak perlu campur air ye....bahan2 ikut la sukatan sendiri.jagung cream tinggalkan sket untuk hiasan nnt.
  • Tuang dalam gelas cantek dan letakkan sedikit jagung cream lebih tadi di atasnya.sedia di sedut

Tuesday, October 12, 2010

NASI GORENG KERABU

 Salam semua...maaf la da lama x n3.ni sebenarnya menu minggu lps x sempat nak n3.balik kg adik kawen...masak nasi kerabu sebab nak abiskan stok dlm peti coz nak blk kg la katakan...senang je nak buat nasi ni.campur je apa yang ada dlam peti tu.tapi yg penting mesti ada serai barulah kerabu namanya...

Bahan-bahan

  • Nasi putih
  • Serai - dimayang halus
  • Lobak-potong memanjang & halus2
  • Sayur campur
  • Cili padi-ikut la nak pedas mcm mana
  • Bawang merah-dimayang halus
  • Bawang putih-ketuk
  • Garam
  • Daun sup
Cara-cara
  • Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan semua jenis sayur tadi.Tumis sebentar.Masukkan garam secukup rasa
  • Masukkan nasi putih tadi dan gaul rata.
  • Angkat dan hidangkan bersama bawang goreng dan daun sup
Buat bekal untuk husband bawak pegi kerja